1.0 PENGENALAN
Pelajar mempunyai perbezaan di
antara satu sama lain walaupun mereka berada dalam tahap pembelajaran yang
sama. Perbezaan individu ini merangkumi dari aspek pemikiran, tindak balas,
minat, kecenderungan, pencapaian dan
pemahaman. Justeru pelajar-pelajar ini mempunyai gaya yang tersendiri untuk menerima dan bertindak balas dengan
persekitaran. Pelajar juga berbeza dari sudut menggunakan rangsangan dalaman, proses pembelajaran dan
pendekatan yang diambil oleh setiap pelajar adalah berdasarkan tanggapan subjektif mereka
terhadap kehendak pengajar atau konteks pembelajarannya.
Gaya pembelajaran yang sesuai dengan
diri pelajar sangat penting kerana ia mempunyai hubungan yang kuat terhadap keputusan pencapaian akademik
pelajar. Di mana, gaya pembelajaran memberi ruang kepada pelajar untuk memperkembangkan potensi
mereka dalam mencapai keputusan akademik yang
cemerlang.
Gaya pembelajaran murid yang aktif
contohnya pelajar sekolah projek sukan adalah berbeza dengan pelajar sekolah
harian biasa. Walaupun prestasi akademik mereka sama, kaedah pembelajaran
adalah berbeza antara pelajar sukan dan bukan pelajar sukan. Hal ini disebabkan
oleh beberapa faktor seperti, sikap, motivasi, kekangan masa dan sistem
pengurusan diri pelajar.
Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk
mengenalpasti kaedah pembelajaran pelajar sekolah projek sukan dengan sekolah
harian biasa. Kajian ini dilakukan supaya guru dapat mencari alternatif untuk memperbaiki tahap pengajaran sedia ada
kepada yang lebih efisien dan juga kepada pelajar sendiri untuk melakukan
penambahbaikan dalam prestasi akademik masing-masing. Hal ini kerana ramai yang
membuat tanggapan bahawa pelajar sukan sering tercicir dalam akademik akibat
tidak boleh memberi komitmen yang baik dalam pembelajaran.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif
kajian ini adalah untuk :
I.
Mengenalpasti gaya
pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar sekolah projek sukan dan pelajar
sekolah harian biasa.
II.
Membuat perbandingan
gaya pembelajaran antara pelajar sekolah projek sukan dengan pelajar sekolah
harian biasa.
III.
Memberikan pendedahan
kepada pelajar tentang pengurusan belajar yang berkesan.
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini adalah sangat bermanfaat
untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pentadbiran pendidikan, pendidik,
pelajar dan ibu bapa.
I.
Pentadbiran Pendidikan
Pentadbiran pendidikan misalnya KPM,
JPN, dan PPD dapat merangka program latihan pembelajaran yang efisien kepada
sekolah sebagai cadangan penambahbaikan mengikut spesifiasi gaya pembelajaran
murid. Ianya juga dapat dijadikan rujukan prestasi dan perkembangan pelajar
dari semasa ke semasa.
II.
Pendidik
Kajian ini juga dapat membantu
golongan pendidik menepati kehendak dan
perubahan arus globalisai dalam
bidang pendidikan pada masa hadapan. Amalan gaya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan berkesan pastinya akan mendatangkan hasil yang
baik. Hal ini pastinya akan menjurus kepada peningkatan pencapaian akademik
para pelajar. Selain itu,gaya pengajaran guru yang kreatif dan bersesuaian
dengan gaya pembelajaran pelajar sudah tentu mendatangkan keseronokan dan
keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
III.
Pelajar
Kajian ini juga diharapkan dapat
membantu para pelajar menyelasaikan masalah pembelajaran yang mereka hadapi
dalam pembelajaran dan gaya belajar mereka. Hal ini amat penting supaya pelajar
boleh memberi tumpuan yang lebih baik semasa berada dalam bilik darjah serta
memperbaiki gaya pembelajaran mereka kepada yang lebih sistematik.
IV.
Ibu bapa
Selain itu, kajian ini dapat juga
dijadikan rujukan dan sebagai panduan kepada pihak ibu bapa dan penjaga pelajar
untuk memberi motivasi kepada pelajar bagi memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam bidang akademik dan meningkatkan kualiti pembelajaran.
4.0 METODOLOGI KAJIAN
I.
Kaedah kajian
Kajian ini dijalankan secara kuantitatif.
Bermakna kami hanya menjalankan soal selidik dan tiada temubual. Kami telah
menjalankan kajian menggunakan borang soal selidik yang mempunyai tiga bahagian
iaitu bahagian A ( latar belakang responden ), bahagian B ( sukan dan akademik
) dan bahagian C ( gaya pembelajaran ).
II.
Lokasi kajian
Kajian
telah dilakukan di dua buah sekolah iaitu :
·
Sekolah projek sukan
·
Sekolah harian biasa
III.
Responden
Responden terdiri daripada pelajar
menengah atas di kedua-dua buah sekolah. Umur pelajar dalam lingkungan 15-17
tahun. Responden merupakan pelajar sekolah berikut. Seramai 30 orang responden
telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Pelajar terdiri daripada kumpulan
pelajar yang mempunyai prestasi yang baik dan aktif bersukan.
5.0 DAPATAN KAJIAN
Kajian 1
Setiap responden mempunyai minat dan
bakat sukan yang berbeza. Antara sukan yang diminati oleh mereka adalah seperti
:
·
Badminton
·
Catur
·
Bola baling
·
Ping pong
·
Bola sepak
·
Bola tampar
·
Futsal
·
Softball
·
Tenis
·
Marathon / merentas
desa
·
Olahraga
·
Hoki
·
Bola keranjang
·
Petanque
·
Bola jaring
JADUAL 1
Jadual 1 menunjukkan kepelbagaian
bidang sukan di antara pelajar sukan dan pelajar sekolah harian biasa.
Badminton merupakan salah satu sukan yang popular di kedua-dua sekolah. Hal ini
mungkin kerana sukan adalah merupakan salah satu sukan riadah yang boleh
dimainkan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira usia. Sedangkan Malaysia
juga telah melahirkan jaguh dunia dalam sukan badminton. Mungkin itu menjadi
salah satu motivasi kepada mereka. Jadi, boleh disimpulkan bahawa semua pelajar
melibatkan diri dalam sukan yang dianjurkan di sekolah.
Kajian 2
JADUAL 2
Berdasarkan analisis data,
peruntukan masa belajar para pelajar adalah berbeza mengikut individu.
Sesetengah pelajar memerlukan banyak masa dalam sehari manakala ada segelintir
pelajar yang tidak memerlukannya. Berdasarkan kajian, dapat disimpulkan bahawa
pelajar sekolah harian biasa memperuntukkan masa yang lama untuk mengulangkaji
pelajaran berbanding dengan pelajar sukan. Hal ini mungkin kerana kekangan masa
akibat komitmen pelajar sukan terhadap perlawanan atau pun musim pra
pertandingan. Bagi pelajar sekolah harian biasa mereka tidak terikat dengan
latihan pusat membolehkan mereka masa luang tambahan berbandng pelajar sukan
yang terhad. Kekangan masa sebenarnya tidak mengganggu prestasi belajar
pelajar. Ianya bergantung kepada pengurusan pelajar itu sendiri. Tidak kira
pelajar tersebut mempunyai banyak komitmen atau tidak, yang penting adalah cara
pelajar membahagikan masa belajar dengan komitmen lain.
Kajian 3
JADUAL 3
Sememangnya setiap pelajar mempunyai
kaedah pembelajaran yang berbeza-beza. Dalam kajian ini, kami tekankan kepada
dua kaedah pembelajaran iaitu pembelajaran secara koperatif atau berkumpulan
dan pembelajaran secara individu. Ternyata majoriti pelajar di kedua-dua buah
sekolah mengamalkan kaedah pembelajaran secara berkumpulan. Kaedah pembelajaran
secara berkumpulan memang sangat berkesan untuk digunakan. Hal ini kerana, bagi
pelajar sukan, mereka banyak keluar meninggalkan kelas untuk tempoh yang lama
jika terlibat dengan sebarang perlawanan penting. Oleh itu, mereka perlu
belajar sendiri bab-bab atau tajuk-tajuk pembelajaran yang ketinggalan. Jadi,
pembelajaran berkumpulan merupakan jalan penyelesaian kepada masalah tersebut
selain daripada merujuk guru mata pelajaran.
Kajian 4
JADUAL 4
Dalam era pendidikan, rujukan
merupakan satu wadah penting untuk pelajar memperoleh maklumat. Di sekolah,
rujukan utama pelajar adalah guru dan kawan sedarjah atau tingkatan. Dalam
kajian ini, pelajar lebih memilih kawan sebagai rujukan utama sekiranya
mempunyai masalah terhadap sesuatu pelajaran. Ibu bapa jarang menjadi rujukan
utama kerana di sekolah mereka lebih terdedah kepada sahabat handai. Walau
bagaimanapun, ibu bapa tetap perlu memerhatikan akademik anak-anak
masing-masing. Mereka tidak boleh hanya melepaskan batuk di tangga dan
meletakkan semua tanggungjawab tersebut kepada guru secara langsung.
Kemahiran
Belajar
Kemahiran belajar terdiri daripada 6 bahagian
iaitu :
·
Kemahiran mengurus masa
·
Kemahiran membaca
·
Kemahiran menulis nota
·
Kemahiran membuat
rujukan
·
Kemahiran mendengar
·
Kemahiran menjawab
peperiksaan
I.
Kemahiran Membaca
Membaca adalah proses berfikir yang
melibatkan pemikiran perkara tersurat, tersirat, menghubungkaitkan idea,
menyoal dan bertindak balas dengan memberi idea dan mengaplikasikan maklumat
baru ke dalam situasi baru. Di peringkat pengajian tinggi, bahan bacaan
merangkumi buku, jurnal, makalah, nota kuliah, potongan surat khabar, tesis dan
bahan-bahan rencana yang berkaitan. Keberkesanan dalam pembacaan adalah amat
penting dan perlu ditekankan oleh para pelajar ketika membaca. Proses membaca
yang berkesan memerlukan kemahiran yang tertentu sama ada sebelum, semasa
ataupun selepas proses membaca.
Untuk memperolehi keputusan yang
cemerlang, seseorang pelajar perlu mempunyai kemahiran membaca yang betul.
Biasanya pelajar akan melupai dan tidak memahami apa yang telah dibaca walaupun
telah membaca dengan berulang kali. Keadaan ini sebenarnya menunjukkan bahawa
cara membaca yang mereka gunakan tidak dapat menghasilkan kefahaman pembacaan
yang maksimum. Untuk mengelakkan pembaziran masa, pelajar perlu mengetahui dan
melatih diri membaca dengan betul berdasarkan kaedah-kaedah pembacaan ada.
Kaedah pembacaan yang tidak betul akan menyebabkan pelajar berasa cepat bosan,
kurang berminat dan cepat berasa mengantuk
II.
Kemahiran menulis nota
Menulis nota merupakan aktiviti yang
sangat penting kepada pelajar terutamanya mereka yang melanjutkan pelajaran di
pusat pengajian tinggi. Kemahiran mencatat nota yang efektif penting dalam
proses pembelajaran di universiti kerana kuliah yang disampaikan oleh pensyarah
merupakan sumber maklumat paling utama bagi para pelajar.
Faktor kegagalan pelajar mencapai
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mungkin berpunca daripada pelajar
tidak mempunyai nota yang tersusun ataupun langsung tidak mempunyai nota.
Pelajar yang mencatat nota dan belajar selepas waktu kuliah dapat mengingat
90-100% daripada yang didengar. Sebaliknya untuk pelajar yang tidak mencatat
nota atau belajar nota daripada rakan sekelas akan melupai 80% daripada apa
yang didengar dalam kuliah selepas masa dua minggu .
Di samping itu, pelajar juga perlu
menghadiri kuliah tepat pada waktunya supaya pelajar tidak ketinggalan dalam
mencatatkan nota yang betul dan penting. Selain menghadiri kuliah tepat pada
waktunya, pelajar juga perlu memilih tempat duduk atau lokasi yang sesuai iaitu
berdekatan dengan pensyarah. Lokasi yang sesuai akan meningkatkan konsentrasi
pelajar terhadap pembelajaran yang disampaikan.
III.
Pengurusan masa
Untuk pengurusan masa yang paling
berkesan, pelajar perlu membuat jadual waktu persendirian. Segala aktiviti yang
akan dijalankan dalam masa 24 jam perlulah dicatatkan dalam jadual waktu.
Seseorang yang mengamalkan tabiat ini dapat menggunakan masanya dengan optimum.
Seseorang yang pandai menguruskan masanya akan mempunyai masa yang mencukupi untuk
belajar, beriadah, bergiat dalam kegiatan ko-kurikulum, menonton televisyen dan
sebagainya.
Untuk memastikan pelajar dapat
menggariskan masa secara cekap dan berkesan, pelajar boleh mengkelaskan masa
dan kerja berdasarkan kaedah berikut :
·
Masa ketika pelajar
paling segar, bertenaga dan dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada
proses pembelajaran.
·
Masa sewaktu pelajar
paling keletihan atau terdedah kepada faktor-faktor gangguan dimana pelajar
sukar untuk mendapatkan konsentrasi.
·
Masa diantara dua waktu
yang dinyatakan di atas.
IV.
Kemahiran mendengar
Aktiviti mendengar sering dianggap
sebagai satu aktiviti yang mudah, tetapi pelajar masih menghadapi kesukaran
untuk mendengar secara berkesan. Pelajar yang duduk di kawasan satu per tiga
daripada bahagian hadapan kelas atau berhampiran dengan guru dapat meningkatkan
daya penglihatan dan pendengaran pelajar. Pelajar yang memilih tempat duduk di
bahagian belakang bilik darjah merupakan satu amalan yang merugikan diri
sendiri.
Selain itu, pelajar juga boleh
bersikap optimis dan percaya bahawa topik yang dibincangkan berfaedah, ini akan
memberi dorongan pelajar untuk terus mendengar. Selain itu, pelajar perlu sentiasa
menggunakan daya imaginasi sendiri dan membuat hubungkait di antara maklumat
yang diperolehi untuk mengemukakan soalan. Dengan cara ini, fikiran pelajar
akan lebih tertumpu kepada topik yang dibincangkan oleh pensyarah semasa di
dalam kelas.
V.
Kemahiran membuat
rujukan
Pelajar perlu membiasakan diri berada
di dalam pepustakaan untuk mencari maklumat yang diperlukan. Kebanyakan pelajar
berasa malu dan masih kurang mahir untuk menggunakan perpustakaan. Kemahiran
membuat rujukan di perpustakaan adalah kemahiran pembelajaran yang sangat
penting dan perlu dikuasai oleh semua pelajar. Ini adalah disebabkan pelajar
tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada nota yang diberikan oleh guru sahaja.
Dengan mempunyai kemahiran membuat
rujukan, pelajar akan lebih menguasai dan mempunyai kefahaman yang lebih
mendalam tentang sesuatu mata pelajaran yang dibincangkan. Pelajar perlulah
rajin bertanya kepada pustakawan sekiranya menghadapi sebarang masalah semasa
menggunakan perpustakaan dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar supaya dapat
mencari maklumat dan bahan yang dikehendaki.
VI.
Kemahiran menjawab
peperiksaan
Kebanyakan pelajar yang gagal dalam
peperiksaan adalah kerana tidak mempunyai perancangan yang rapi semasa awal
semester lagi. Kebanyakan pelajar gemar mengulangkaji pelajaran pada saat-saat
akhir. Keadaan ini akan menimbulkan ketegangan yang akan mengurangkan kecekapan
pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan. Satu kesilapan besar yang sering
dilakukan oleh kebanyakan pelajar adalah mereka tidak melihat balik atau
mengulangkaji nota yang dicatat selepas pembelajaran.
Pelajar hanya akan mengulangkaji
semula menjelang saat akhir peperiksaan. Membuat latihan dan mengulangkaji akan
menguatkan lagi kefahaman dan ingatan terhadap mata pelajaran yang dipelajari.
Oleh itu, membuat latihan dan perbincangan adalah dua faktor yang paling
penting untuk mencapai tahap pengekalan ilmu pengetahuan yang dipelajari.
Pelajar yang tidak menjaga kesihatan
dan mempunyai tidur yang cukup akan menghadapi masalah untuk menumpukan
perhatian yang sepenuhnya. Malahan daya ingatan juga akan menjadi lemah dan
boleh mengganggu persediaan pelajar sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
Menyediakan segala peralatan yang diperlukan juga merupakan salah satu
persediaan yang penting sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
Pelajar perlu memastikan semua
peralatan seperti pen dan kalkulator berada dalam keadaan yang baik. Selain
itu, pelajar tiba lebih awal di dewan peperiksaan untuk mendapatkan tempat
duduk yang baik dari segi pencahayaan dan kurang gangguan luar.
6.0 KESIMPULAN
Pelajar mempunyai tahap motivasi yang berbeza, berbeza
sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran, memberi respon yang berbeza kepada
persekitaran bilik darjah dan amalan pengajaran. Pelajar belajar dalam berbagai
cara – dengan melihat dan mendengar, merefleksi dan melakukan, berfikir secara
logik dan intuitif, dan menghafal, mengingat dan menggambarkan.
Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan
pengetahuan dan mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan
aktiviti menguasai konsep dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya
dapat mengaplikasinya ke dalam kehidupan. Pembelajaran melibatkan usaha
menguasai kemahiran dan pengetahuan di samping membentuk sikap. Kajian dalam
bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang
berbeza memproses maklumat. Kaedah tersendiri individu mencari, menyimpan dan
mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran.
Oleh itu untuk berjaya, individu pelajar perlu memiliki
sifat belajar dan menguasai kaedah belajar untuk mendapatkan pengetahuan dan
kemahiran. Walaubagaimanapun, kemungkinan wujudnya pelajar yang berhadapan
dengan konflik belajar apabila tidak memiliki gaya pembelajaran yang sesuai.
Masalah berlaku apabila gaya pembelajaran pelajar tidak dapat disesuaikan dengan
aktiviti dan gaya pengajaran pensyarah. Akibatnya pelajar menjadi bosan dan
tidak menumpukan perhatian menyebabkan mereka gagal mendapat markah tinggi
dalam peperiksaan, kurang berminat pada subjek tertentu dan seterusnya berputus
asa.
Salah satu cara penentuan kecekapan atau prestasi
seseorang individu mempelajari dan menguasai ilmu adalah dengan menyedari gaya
pembelajarannya. Penggunaan kaedah atau gaya pembelajaran dapat membantu
seseorang mengetahui dan memahami pengetahuan dan kemahiran dalam proses
pembelajaran. Gaya pembelajaran yang dimiliki juga dapat membantu seseorang
untuk mengenalpasti situasi pembelajaran dan mempertingkatkan prestasi
pembelajaran. Pelajar yang tahu menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai
dengan dirinya akan lebih mudah membantu mereka mencapai keputusan yang lebih
cemerlang.
Setelah pelajar diperkenalkan dengan gaya pembelajaran
dan menggunakannya telah mendapat keputusan lebih cemerlang. Di samping
penyesuaian gaya pembelajaran dengan sifat individu, penguasaan kemahiran
belajar juga penting untuk mencapai keputusan cemerlang. Kemahiran belajar
adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai, memilih,
menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan.
Kemahiran belajar merupakan keupayaan atau kecekapan yang
dikuasai oleh seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan menyimpan
maklumat serta menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Sehubungan dengan ini,
pr
oses pengajaran dan pembelajaran di universiti adalah untuk melengkapkan diri
individu dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan dan seterusnya dapat membantu
individu untuk menghadapi dunia pekerjaan dan berjaya dalam kehidupan.
Dalam usaha untuk mendapat kejayaan akademik, kajian lalu
telah menegaskan bahawa seseorang pelajar perlu menitikberatkan gaya
pembelajaran dan kemahiran belajar yang diamalkan supaya dapat mengurangkan
masalah belajar pelajar. Oleh itu, kajian mengenai gaya pembelajaran, kemahiran
belajar dan masalah belajar pelajar di sekolah perlu dibuat supaya proses dan
prestasi belajar pelajar dapat dipertingkatkan. Di samping itu, kesedaran
mengenai pentingnya interaksi antara tiga elemen ini di kalangan pelajar juga
boleh membantu pihak sekolah menyediakan persekitaran dan kaedah mengajar yang
lebih sesuai dengan kecenderungan belajar pelajar.